Friday, 23 August 2019

10.3 PELAJAR SEBAGAI AHLI KOMUNITI PEMBELAJARAN

Image result for ipg kampus bahasa melayu

  • Komuniti pembelajaran merupakan tempat pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan , nilai , kemahiran dan sikap yang baik. Komuniti pembelajaran adalah persekitaran yang memerlukan hubungan kerjasama antara individu yang berkemungkinan berlaku perubahan tingkah laku. Sebagai contoh , IPG merupakan salah satu komuniti pembelajaran professional yang terdiri daripada pensyarah yang berkongsi kepakaran , bekerja secara kolaboratif , memperbaiki  kemahiran pedagogi dan meningkatkan pencapaian akademik pelajarnya.
  • Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan. Mengikut apa yang dikatakan oleh Stalling ini, pembelajaran dikatakan berlaku sekiranya tingkahlaku seseorang individu itu berubah, melibatkan sesuatu pemikiran dan mengalami perubahan melalui pengalaman atau latihan.Pendapat yang diutarakan oleh Stalling ini dikukuhkan lagi dengan pendapat Woofolk (1998) yang mengatakan, ‘….. learning occurs when experience causes a relatively permanent change in an individual’s knowledge or behavior. The change may be deliberate or unintentional, for better or for worse’
NAK LEBIH MENGHAYATI BLOG KAMI?



Image result for PELajar sebagai ahli komuniti pembelajaran

KRITERIA PENTING

  • Pembelajaran harus menampakkan perubahan dalam tingkah laku
  • Pembelajaran harus melibatkan sesuatu pemikiran
  • Pembelajaran harus menghasilkan perubahan melalui pengalaman atau latihan


    • Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti ahli komuniti pembelajaran yang telah digunakan oleh guru-guru di kebanyakan negara-negara maju, antaranya ialah pengajaran bersama rakan guru ( team teaching) , tunjuk cara dalam pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja ( buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti di sekolah dengan komuniti di luar sekolah dan pengajaran secara kolaboratif ( collaborative teaching). Lesson Study yang berfungsi sebagai satu aktiviti pengajaran dan persediaan pengajaran secara kolaboratif semakin mendapat tempat dalam sistem pendidikan di negara-negara maju dan membangun.
    •  Komuniti pembelajaran membina kesedaran bekerjasama, memudahkan proses mengingat dan memberikan rasa berjaya.
    • Pembelajaran dalam bentuk komuniti pembelajaran sesuai dengan cara semulajadi manusia belajar dan sesuai juga dengan keadaan sebenar dunia.
    • Komuniti pembelajaran juga boleh dirujuk kepada perentasan kurikulum yang dipelajari secara hubung kait atau bersepadu, bukannya secara terpisah.

         Menurut McMillan dan Cavis (1986), komuniti pembelajaran mempunyai empat ciri berikut
          - Keahlian
          - Pengaruh 
          -Memenuhi keperluan individu
          -Berkongsi peristiwa atau tindakan dan perasaan



    10.4 ISU-ISU PERKONGSIAN MAKLUMAT


    Perkongsian maklumat dilakukan melalui penggunaan Teknologi maklumat dan Komunikasi (ICT0 dalam kalangan pensyarah dan pelajar di IPG. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dilakukan untuk semua kursus di IPG. Perkongsian maklumat boleh dilakukan melalui penggunaan internet iaitu blog , flickr , slideshare , skype , facebook , email dan sebagainya


    10.4.1 BLOG

    Image result for blog

    • Blog membolehkan pelajar mempunyai kemahiran web menggunakan sumber maklumat kegemaran mereka iaitu internet
    • Meningkatkan motivasi pelajar untuk bergiat aktif dalam proses pembelajaran kerana menulis blog sangat menyeronokkan dan menarik.
    • Membina pemikiran kritis melalui penggunaan ruang komen dan bentuk maklum balas yang lain.
    • Merupakan portal kreativiti dan inisiatif kerana idea secara langsung daripada pembaca blog


    10.4.2 FACEBOOK

    Image result for facebook


    • Facebook mempunyai kelebihan seperti emel , mesej , video , foto dan menyediakan group untuk ahli tertentu sahaja
    • Menghubungkan sesama pelajar yang secara tidak langsung membina komuniti pembelajaran , menggalakkan penglibatan aktif pelajar dengan cara yang berbeza , meningkatkan interaksi guru dan pelajar , pelajar menggunakan facebook untuk menghubungi rakan sekelas berkaitan tugasan kelas serta bekerjasama melakukan tugasan dan projek kumpulan dalam persekitaran internet

    10.4.3 FLICKR


    • Flickr adalah suatu laman web perkongsian gambar yang boleh digunakan untuk memuat naik gambar , memberi tag kepada gambar , melihat gambar orang lain , menulis komen dan anotasi gambar.
    • Pengguna boleh membina set gambar dan menyertai kumpulan topik perbincangan bagi memupuk kesedaran komuniti
    • Flickr memberi peluang kepada pelajar bidang fotografi dan subjek seni untuk menerima maklum balas dan menyertai komuniti pakar dan peminat amatur dan mendedahkan mereka kepada realiti amalan profesional

    10.4.4 SKYPE

    Image result for skype

    • Memudahkan pengguna berkongsi pengalaman orang lain melalui teks , audia dan video skype
    • Skype merupakan satu perisian percuma membolehkan seseorang berbual dengan sesiapa sahaja dia seluruh dunia melalui internet secara percuma
    • Dalam aktiviti pelajaran dan pembelajaran , skype digunakan untuk kelas jarak jauh , penceramah jemputan dengan mengendalikan temu bual dari jauh , berkomunikasi dengan orang lain di serata dunia .

    10.4.5 SLIDESHARE

    Image result for slideshare



    • Satu laman web media untuk berkongsi persembahan , dokumen dan fail pdf .
    • Slideshare menonjolkan profesional yang aktif dan sering memberi komen , menggemari dan emmuat turun bahan 
    • Kandungan slideshare tersebar dengan pantas melalui blog dan rangkaian sosial seperti Linkedln , facebook dan twitter
    • Sesiapa sahaja boleh melihat persembahan dan dokumen berkaitan tajuk yang diminati

    10.4.6 TWITTER

    Image result for twitter